Dah mula puasa enam?
Kalau belum, bila lagi?
Jangan asek nak mamam
Dan jangan lupa puasa ganti
Dah buat semua amal fardhu?
Tau…mesti tak cukup kan..?
Jadi, buat apa termangu-mangu?
Meh puasa 6, berenti dulu makan!
Buat apa puasa dalam Syawal?
Ai..jangan buat tak tahu
Sume amal sunat jadi penampal
Kekurangan dlm amalan fardhu.
Petikan dari akhbar:
Kalau seseorang itu melakukan 30 hari puasa Ramadhan, setiap hari diganjari dengan 10 pahala, ia bermakna seseorang itu telah berpuasa 300 hari, ditambah dengan enam hari di bulan Syawwal, ia akan menjadikan 360 hari bagaikan satu tahun pahala berpuasa.
Perkara ini disandarkan kepada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa berpuasa di bulan Ramadhan dan diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan Syawwal, maka ia adalah seperti berpuasa selama setahun.” [Riwayat Muslim dan Imam Ahmad].
Inilah yang dikatakan ingatan Nabi SAW terhadap umatnya, begitulah juga dengan peringkat awal kefardhuan solat pada malam Mi’raj ke langit, Nabi SAW kenangkan umatnya yang tidak akan mampu untuk melaksanakan 50 waktu sembahyang hingga bermohon ke hadrat Allah SWT agar dikurangkan hingga menjadi lima waktu sahaja. Itu pun ada di kalangan umat Islam yang tidak melakukan solat fardu lima waktu.
Bole kah gabungkan puasa syawal dengan puasa ganti?
Ada sesiapa nak jelaskan?
Petikan akhbar; Ustaz Zaharuddin Abd Rahman yang kata:
“Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadhannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.”
“Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat Syawal itu sekali.”
“Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang spesifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.”
“Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.”
Akhir kata,
terimalah pantun ini y tak seberapa:
Anak unta derita terkena taun
Anak kera baru tumbuh gigi
Puasa 6 bagai puasa setahun
Tak buat, akhirat nanti memang rugi
Anak manusia xsakit apa-apa
Kenapa liat nak kumpul pahala
Gunung daik bercabang tiga
Dua tiga kucing berlari???
Jawab jgn xjawab…
Buat, jangan tak buat…
Oct 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
amboih...mu dh start pose 6 ker??? ;P
Bukan x mau kumpul pahala
Jiwa lara sakit menahan sabar
Hari2 ade saja mencabar jiwa
Dek kerana kerja yg mencabar
mggu dpn segala kerjaku berpindah tgn
boleh la ku start puasa enam
moga2 tiada lagi halangan
untuk aku mengerjakan amalan.
hmm..elok la dipercepatkan.
Post a Comment