buna buna buna
assalamualaikum 1430!
Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam.
Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.
Kelebihan yang ada pada 10 Muharram atau hari Asyura adalah pada puasa sunatnya. Mari kita pakat2 puasa meh!
Rasa macam masa semakin cepat berjalan. Kita berada di akhir zaman, takut...Kita berdepan dengan pelbagai macam ujian, dugaan dari Allah Swt dan juga desakan hawa nafsu kita sendiri.
Manusia memang rakus, kan? Tengoklah berapa banyak bencana alam keliling kita...
Duduk KL banyak hiburan, banyak suka2, tak pe, ada masa bole suka ria tapi sujud bertafakur mengadap Allah jgn lupa..sehari sana sama dengan seribu tahun sini...masyaallah..
Selamat menyambut maal hijrah, sama2 kita muhasabah diri dan improve diri. Semoga 1430 memberi seribu rahmat kepada kita semua, kawan2 dan keluarga tersayang. Semoga cepat kaya, harta berlipat ganda! AMIN..
Kawan2, kalu kamu nampak aku terleka, hanyut, tolong paut aku ke jalan lurus. Jom kita kejar, lumba untuk keberkatan Yang Esa!
Jgn lupa puasa sunat 10 muharam!
No comments:
Post a Comment