Astagfirullah alazim…
Baru-baru ini aku ikut buat tahlil
Itupun secara tak sengaja
Dari situ aku rasa amat jahil
Jahil banyak dalam ilmu agama
Tapi pas tarawih dua puluh
Kami dihalang jangan balik lagi
Ah sudah, aku dah berpeluh
Rupa-rupanya nak bagi nasi free
Rezeki sahur ni..
3 hari lepas tahlil dan nasi free
Aku dikejutkan dengan berita kawan
Orang kesayangannya sudah pergi..
Sampai sekarang keadaan dia aku fikirkan
Aku telefonnya selepas baca cerita
Cerita tentang kesedihan hati
semasa yang pergi masih di hospital
Aku juga terkenang sewaktu pa
Lemah tak berdaya akibat darah tinggi
Akhirnya disumbat wad spital
Sedih
Niat hanya untuk tanya khabar
‘Kau ok ke?’ Bodohnya aku masa tu
Aku tau yang pergi tengah terlantar
Tapi aku masih tanya begitu
Dia balas ‘Ayah aku dah meninggal’
Aku tidak memekik ‘HAH!!’ seperti mit
Tapi aku diam, suruhnya cekal
Lantas aku tel mit dan ‘HAH!!’.Bingit!
Kemudian terlintas pula wie
Aku tau dia pun pernah mengalami
Serba salah untuk menghubungi
Tapi kena juga, walau pedih hati
Ramadan kali ini mungkin baik dari dulu
Banyak dugaan datang berpusu-pusu
Tapi tahu tak apa tandanya itu?
Subhanallah, Allah sayang padamu…
Kawan,
Aku tahu kau berendam air mata
Nak teman, nak telefon, tak terdaya
Banyakkanlah doa dan amal untuknya
Sesungguhnya hanya itu yang ada
Dari anak kepada ibu bapa
Astagfirullah alazim...
dan al-fatihah..
p/s: Kita semua pasti diuji. Istigfar banyak2 dan zikrullah! Kita semua akan jadi mayat nanti. Jangan nanti bila lihat dikapan, dimandi. Baru kita menangis nak kembali. Kembali ke dunia untuk taubatkan hati. Untuk buat amal soleh bertubi-tubi.
Sep 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
sokongan dari kawan2 amat diperlukan pd waktu2 itu.
jgn segan atau ragu2 utk hubungi kawan mu itu.
beri die kata2 semangat dan ape yg perlu dia buat. spt byk kn baca AlQur'an dan berdoa demi kesejahteraan simati.
Post a Comment